Ramai ibu bapa bimbang dengan polisi kerajaan yang sering kali mengubah sistem pendidikan sekolah. Tahun ini (2016) merupkan tahun yang penting kepada pelajar UPSR. Format peperiksaan sudahpun berubah dan sukatan pelajaran bagi mat pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains telah ditukar.
Tahun 2016 – KSSR UPSR
- Pelajar diminta menduduki 6 kertas kerana Bahasa Inggeris akan terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2
- Bahasa Inggeris dibahgikan kepada dua kertas
- Sukatan Sains tahun 4, 5, 6 sudahpun dirombak
- Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dijadikan bahasa penghantar
- Unsur unsur subjektif dimasukan
- Lebihan soalan berbentuk KBAT